Tuesday, August 27, 2019

PENDIDIKAN


GAYA SENI VISUAL
Gaya bermaksud Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum

Terdapat 4 gaya di dalam seni visual :
  • Realisme
  • Semi-Abstrak
  • Abstrak
  • Tidak Objektif


1.GAYA REALISME
  • Realisme ialah gaya yang menggambarkan karya sebagaimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi , tiruan daripada bentuk asal.
  • Gaya Realisme ialah seni rupa abad ke-19 merupakan gerakan yang menolak tema Neo- Klasikisme dan Romantikisme
  • Gaya Realisme dapat dilihat didalam karya yang beraliran baroque, Ekspresionisme, dan Impresionisme
  • Antara tokoh realisme ialah Honore Daumier, Gustave Courbet, dan Edouard Manet

2.GAYA SEMI-ABSTRAK
  • Gaya Semi abstrak ialah gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan
  • Walau bagaimanapun, imej tersebut masih dapat dikenali dan masih mempunyai ciri-ciri sebenar imej yang digambarkan
  • Bagaimanapun objek tersebut masih boleh dikenali
  • Selalunya terdapat di dalam aliran impressionisme, kuibisme, dan surealisme
  • Antara tokoh-tokohnya ialah Pablo Picasso, Claude Monet, Rene Magritte

3.GAYA ABSTRAK
  • Gaya Abstrak ialah satu gambaran yang dipermudahkan dari segi bentuk dan imej sebenar
  • Gaya Abstrak juga ialah salah satu aliran seni yang tidak menunjukkan objek di dunia nyata,namun hanya menggunakan warna dan bentuk dalam cara yang tidak natural
  • Objek adakalanya sukar untuk dikenali oleh orang awam, hanya pelukis yang dapat mentafsirkan karyanya
  • Antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah Jackson Pollock, Wassily Kandinsky, Mark Rothko





ALIRAN SENI VISUAL
  • Aliran bermaksud haluan atau pendapat yang timbul daripada sesuatu fahaman      

  • Terdapat 9 jenis aliran :

  1. Aliran Klasikisme
  2. Aliran Barroque
  3. Aliran Romantisme
  4. Aliran Impressionisme
  5. Aliran Post-Impressionisme
  6. Aliran Ekspressionisme
  7. Aliran Kuibisme
  8. Aliran Surealisme
  9. Aliran Seni Pop


1.ALIRAN KLASIKISME
  • Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
  • Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
  • Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
  • Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
  • Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
  • Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.


2.ALIRAN BARROQUE

  • Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
  • Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
  • Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
  • Latar belakang karya berwarna gelap.
  • Karya tertumpu kepada objek.


3.ALIRAN ROMANTISISME
  • Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. 
  • Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. 
  • Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. 
  • Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura 
  • Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. 
  • Penggunaan garisan luar yang terang. 
  • Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan  pemerintahan beraja. 
  • Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. 
  • Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

4.ALIRAN IMPRESSIONISME
  • Aliran muncul pada abad ke-19.
  • Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
  • Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
  • Warna bertindih-tindih.
  • Tidak melukid secara detail.
  • Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. 
  • Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
  • Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
  • Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

5.ALIRAN POST-IMPRESSIONISME
  • Realiti itu sentiasa baru dan tegas.
  • Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
  • Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
  • Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
  • Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
  • Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
  • Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

6.ALIRAN EKSPRESSIONISME
  • Menolak ciri-ciri tradisi klasik
  • Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
  • Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
  • Penggunaan warna yang dramatik
  • Tidak ada imej yang jelas.
  • Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

7.ALIRAN KUBISME
  • Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
  • Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
  • Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
  • Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
  • Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
  • Warna yang bertenaga.

8.ALIRAN SUREALISME
  • Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
  • Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
  • Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
  • Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
  • Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
  • Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
     
9.ALIRAN SENI POP
  • Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
  • Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
  • Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
  • Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
  • Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
  • Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.
Video yang memaparkan Aliran Seni Visual

2 comments: