GAYA SENI VISUAL
Gaya
bermaksud Teknik
penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan kepada umum
Terdapat
4 gaya di dalam seni visual :
- Realisme
- Semi-Abstrak
- Abstrak
- Tidak Objektif
1.GAYA
REALISME
- Realisme ialah gaya yang menggambarkan karya sebagaimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi , tiruan daripada bentuk asal.
- Gaya Realisme ialah seni rupa abad ke-19 merupakan gerakan yang menolak tema Neo- Klasikisme dan Romantikisme
- Gaya Realisme dapat dilihat didalam karya yang beraliran baroque, Ekspresionisme, dan Impresionisme
- Antara tokoh realisme ialah Honore Daumier, Gustave Courbet, dan Edouard Manet
2.GAYA SEMI-ABSTRAK
- Gaya Semi abstrak ialah gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan
- Walau bagaimanapun, imej tersebut masih dapat dikenali dan masih mempunyai ciri-ciri sebenar imej yang digambarkan
- Bagaimanapun objek tersebut masih boleh dikenali
- Selalunya terdapat di dalam aliran impressionisme, kuibisme, dan surealisme
- Antara tokoh-tokohnya ialah Pablo Picasso, Claude Monet, Rene Magritte
3.GAYA ABSTRAK
- Gaya Abstrak ialah satu gambaran yang dipermudahkan dari segi bentuk dan imej sebenar
- Gaya Abstrak juga ialah salah satu aliran seni yang tidak menunjukkan objek di dunia nyata,namun hanya menggunakan warna dan bentuk dalam cara yang tidak natural
- Objek adakalanya sukar untuk dikenali oleh orang awam, hanya pelukis yang dapat mentafsirkan karyanya
- Antara tokoh-tokoh yang terkenal ialah Jackson Pollock, Wassily Kandinsky, Mark Rothko
ALIRAN SENI VISUAL
- Aliran bermaksud haluan atau pendapat yang timbul daripada sesuatu fahaman
- Terdapat 9 jenis aliran :
- Aliran Klasikisme
- Aliran Barroque
- Aliran Romantisme
- Aliran Impressionisme
- Aliran Post-Impressionisme
- Aliran Ekspressionisme
- Aliran Kuibisme
- Aliran Surealisme
- Aliran Seni Pop
1.ALIRAN KLASIKISME
- Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula.
- Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
- Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
- Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
- Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan.
- Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.
2.ALIRAN BARROQUE
- Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi.
- Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah.
- Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya.
- Latar belakang karya berwarna gelap.
- Karya tertumpu kepada objek.
3.ALIRAN ROMANTISISME
- Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
- Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu.
- Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
- Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura
- Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik.
- Penggunaan garisan luar yang terang.
- Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja.
- Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam.
- Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.
4.ALIRAN IMPRESSIONISME
- Aliran muncul pada abad ke-19.
- Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
- Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
- Warna bertindih-tindih.
- Tidak melukid secara detail.
- Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.
- Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.
- Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
- Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
5.ALIRAN POST-IMPRESSIONISME
- Realiti itu sentiasa baru dan tegas.
- Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
- Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan.
- Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat.
- Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
- Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.
- Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
6.ALIRAN EKSPRESSIONISME
- Menolak ciri-ciri tradisi klasik
- Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis.
- Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek.
- Penggunaan warna yang dramatik
- Tidak ada imej yang jelas.
- Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.
7.ALIRAN KUBISME
- Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.
- Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan.
- Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi.
- Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.
- Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar.
- Warna yang bertenaga.
8.ALIRAN SUREALISME
- Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis.
- Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued.
- Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan.
- Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
- Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri.
- Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.
- Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
- Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.
- Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
- Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist.
- Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar.
- Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.
Video yang memaparkan Aliran Seni Visual